
Cekap - Profesional - Berdayasaing
PresGo Gateways Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat konsultansi pengurusan Bumiputera yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk menyediakan sistem pengurusan yang mampu mengendalikan segala urusan pengurusan, kutipan hasil, pengawalan dan penguatkuasaan yang sistematik, yang bersesuaian digunakan untuk pengurusan yang cekap dan efisyen.
Dengan pengalaman dan kepakaran ini, Syarikat kami berhasrat untuk memberikan khidmat terbaik di dalam membangunkan sistem-sistem pengurusan yang amat moden, efektif dan sistematik.


YBM Tunku Mahmood Shah
(D.K)
Perutusan
Pengerusi Eksekutif
Saya amat gembira dan senang untuk bersama-sama anda di dalam Presgo Gateways Sdn. Bhd.
Presgo Gateways Sdn. Bhd. mempunyai objektif yang berterusan dalam hal perniagaan seumpama ini dan bukan hanya tertumpu kepada satu bidang, tetapi akan melangkah lebih luas hingga ke peringkat global.
Saya secara peribadi dan seluruh team Presgo Gateways Sdn. Bhd. sentiasa memberikan keutamaan kepada pelanggan dengan berpegang pada perinsip bahawa "customer is always right". Apabila perkara ini diambilkira penting, maka Presgo Gateways Sdn. Bhd. akan sentiasa bertindak dengan penyelesaian yang betul, cepat dan cekap. Ia diterjemahkan ke dalam akses teknologi baru dan kepakaran pasaran agar ianya akan memenuhi keperluan.
Pasukan Presgo Gateways Sdn. Bhd. mempunyai tenaga kerja yang berdedikasi bagi membina perkongsian yang berkekalan berdasarkan kepercayaan dalam prestasi dan kualiti. Kerja berpasukan ini berhubungkait dengan semua peringkat organisasi untuk memberi manfaat kepada pelanggan, pekerja dan pemegang saham kami.
Akhir sekali, kejayaan yang kami sasarkan bukan kepada kepentingan individu tetapi kepada pasukan dan masyarakat sebagai pengguna agar dapat menikmati kebaikan perniagaan yang kami tampilkan masa kini dan akan datang.