
Cekap - Profesional - Berdayasaing
PresGo Gateways Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat konsultansi pengurusan Bumiputera yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk menyediakan sistem pengurusan yang mampu mengendalikan segala urusan pengurusan, kutipan hasil, pengawalan dan penguatkuasaan yang sistematik, yang bersesuaian digunakan untuk pengurusan yang cekap dan efisyen.
​
Dengan pengalaman dan kepakaran ini, Syarikat kami berhasrat untuk memberikan khidmat terbaik di dalam membangunkan sistem-sistem pengurusan yang amat moden, efektif dan sistematik.

Jenis-Jenis Kesalahan yang Boleh Dikenakan Kompoun:
-
Tidak mempamerkan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis atau syarikat pengendali.
-
Mempamerkan kupon letak kereta yang telah tamat tempoh.
-
Mempamerkan kupon letak kereta didalam keadaan dimana kupon tersebut tidak dapat dikenal-pasti atau dilihat.
-
Mempamerkan kupon letak kereta tanpa penandaan yang betul.
-
Meletak kenderaan bermotor di luar dari petak letak kereta.
-
Menghalang petak letak kereta.
-
Kenderaan bermotor yang tidak mengikut arah lalu-lintas.
-
Berniaga di tempat letak kereta.
-
Meletak kenderaan bermotor yang menghalang pili bomba.
-
Meletak kenderaan bermotor di kawasan kaki lima/siar kaki.
-
Meletak kenderaan bermotor di petak rizab ditempat letak kereta tanpa kebenaran.
-
Meletak kenderaan bermotor di tempat selain dari yang ditetapkan bagi jenis kenderaan itu.
-
Mempamerkan kupon yang tidak sah semasa meletak kenderaan bermotor.
-
Kesalahan lain Perintah - Perlu dinyatakan secara point.